LeaderHead

Friday, July 16, 2010

NAK KAHWIN...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Najiah(bukan nama sebenar) lembut sambil membetulkan pakaian Shah(bukan nama sebenar). Shah tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Shah mencubit pipi Najiah lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Najiah hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan kerja di KL. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Shah berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada Ipoh ke Kuala Kangsar mengambil masa lebih kurang 1 jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Najiah. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Shah berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Shah menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Shah semakin seronok. Shah dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Shah cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Shah masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur..
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Najiah terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Najiah takut." Najiah cuba memujuk Shah supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks la Sayang?tak ada apa-apa," Shah terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Shah setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Najiah tengok abang motong dia aaa...." Shah terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Shah terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Shah....bangun Shah," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Shah membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Najiah mak? Macammana dengan Najiah,mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Shah menyoal emaknya. Shah tak dapat menahan kesedihannya lagi. Shah menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Shah tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Shah mak, Najiah?" Shah masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Shah yang pendek rambutnya itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Shah terdiam. "Awat mak tampaq cheq?". "Banyak la hang punya isteri! Semalam baru je mak& ayah pi merisik si Najiah hang tu. Takkanlah hari ni hang dah berbini kot. Tu la, tidoq lagi senja-senja lagu ni! Dah! Bangun pi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Shah tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

2 comments:

Unknown said...

nice ur dreams..at 1st..tpi d accident..nauzubulillahh

Shah Shukri said...

BUKAN ACCIDENT,TP ISTERI DIA PANGGIL SUAMI DIA..