Antara persoalan  yang sering bermain di fikiran ialah
sejauh mana kita pasti bahawa  kita telah memilih
individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak  kata
orang puteh "How sure are we that he or she is the
right  person for us?"
Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai
perwatakan  seseorang sebelum berkahwin? Seringkali
kita terdengar rungutan  bagaimana suami berubah
menjadi seorang yang panas baran dan cepat  tangan
sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak
mati.
Ada  juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi
seorang yang paling  selekeh sedangkan dahulu beliau
sering berdandan rapi semasa hendak  keluar berdua.
Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta
adalah  segala-galanya.
Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang  dan
pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai
sepenuh  hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia
tidak akan berubah hati  20 atau 30 tahun dari
sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita
Hindustan  tetapi realiti.
Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun  menjamin
kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda
telah  meneliti segala aspek personaliti dan tolak
ansur pasangan sebelum  anda berkahwin.
1.  Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan  anda? Jika isteri
memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup  mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau
saudara  baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti
bahawa pasangan anda boleh  menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke  jalan yang benar?
2.  Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan  yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah  anda redha
dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika
setelah  sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau
lelaki idaman? Jika  pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda  melupakan segala-galanya
dan mulakan hidup baru?
3. Kesihatan
Adakah  anda pasti tentang tahap kesihatan
masing-masing? Pastikan bebas  daripada pengaruh dadah
atau penyakit jangkitan kelamin. Jika  pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa
anak-anak,  adakah anda telah bersedia dan sanggup dari
segi mental? Tanya diri  sendiri samada sanggup untuk
menghadapi risiko. Jangan tinggalkan  keluarga kala
malang menimpa.
4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan  tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya,  adakah anda
berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang
wanita,  mengizinkan suami berkahwin lain. Memang
kelihatan
sukar untuk  dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui  perdirian pasangan mengenai
perkara ini sebelum berkahwin?
5. Kewangan
Perkara  ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan
menimbulkan masalah besar  jika tidak dipersetujui dari
awal. Anda berdua harus berbincang  bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami
menanggung  70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami  sanggup menanggung 100%
perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang  gaji
sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri
menjadi  suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda
telah berbincang  mengenaiwang kocek ataupun elaun.
Yang penting, tanya semua aspek  tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa  sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi  sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan  mengenai wang
SEBELUM anda berkahwin.
6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah  anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi
wanita, sudahkah anda  berbincang dengan pasangan
mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang  ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami
mendorong serta  bersetuju untuk memberikan sokongan
atau sebaliknya? Bincang dengan  hati
terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita
tinggi. Bagi  lelaki yang bercita-cita tinggi, elok
jika anda memberitahu pasangan  tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya  pasangan
anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
7. Kesesuaian
Adakah  anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah
anda seorang yang  peramah manakala pasangan pula
seorang yang pendiam? Atau andakah  anda seorang yang
pembersih dan dia pula seorang yang selekeh?  Sesuaikah
anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"opposite  attracts" tetapi ada juga dari awal-awal
lagi sudah tidak sesuai  sikap tetapi mungkin tertarik
di antara satu sama lain kerana faktor  lain seperti
rupa paras ataupun kedudukan.
8. Persefahaman
Sudahkah  anda berbincang mengenai jadual pulang ke
kampung semasa hari raya?  Mungkin kelihatan remeh
tetapi jangan terkejut jika topik balik  kampung
menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di
pagi  raya!
9. Keluarga  Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga  mertua
adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga.  Adakah anda serasi dengan keluarga
pasangan? Jangan lupa bahawa  apabila berkahwin, anda
bukan sahaja "berkahwin" dengan anak  perempuan atau
anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.
10. Keperluan Seksual
"Absolutely  no testing here!!". Maksud sebagai
keperluan seksual adalah...  bolehkah pasangan anda
memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya,  wanita atau
lelaki yang bakal anda kahwini mestilah
sekurang-kuranngnya  menarik minat anda dari segi
seksual kerana keperluan batin adalah  sebahagian
daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!
Bonus  Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah?
Seelok-eloknya  lakukan ini sebelum anda masuk meminang
ataupun menerima lamaran  seseorang.

 
No comments:
Post a Comment