Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan2 dimana saja berada..  kerana telah menjadi trend dalam kehidupan masakini,ramai lelaki samada  masih bujang,duda mahupun suami orang (ini yg banyak),amat gemar bermain  cinta,berkasih- kasihan,bermanja -manjaan atau dalam ertikata lain  menggatal dgn anak dara,janda mahupun isteri orang (ini yg ramai). Bagi  saya yg berkerja
di pejabat.. memang amat ketara,gejala ini amat berleluasa sekarang..
Pesanan khusus buat teman-temanku:
Lelaki - jangan lah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan  bersyukurlah. . bagi mereka yg bergelar suami dan bapa,
awasilah mereka, jgn anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal  menafikan ruang utk anda di syurga Allah... nauzubillah. ..
Perempuan - jgn lah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat  tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jgn nafikan syurga Allah bagi  mereka akibat perbuatan-perbuatan kita....mahukah anda melihat  suami/bapa anda merengkuk dalam neraka?? nauzubillah.
Marilah kita sama-sama renungi nashkah berikut...
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia  dayus. Ingin saya tegaskan,seorang wanita dan lelaki yang telah  'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta,tanpa  tawbat yang sangat serius,rumah tangga mereka pasti goyah.Kemungkinan  besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan  terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari  melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula  kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan  'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam  hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri  mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali  sekala menyemak hand phone isteri,beg isteri dan lain -lain untuk  memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat  menyembunyikan dosanya, tetapisepandai- pandai tupai melompat akhirnya  akan tertangkap jua.
Saya tahu,pasti akan ada wanita yang kata."habis, kami ini tak yah check  suami kami ke ustaz?" Jawabnya, perlu juga,cuma topic saya sekarang ni  sedang mencerita tanggung jawab suami.Maka perlulah saya fokus kepada  tugas suami dulu ye.Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi  mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Berkata Ubadah bin Somit r.a :
"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku,nescaya akan ku  pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata  Sa'ad tadi,lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat  cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ?Demi Allah,aku lebih  kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah  Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka  diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. ." Riwayat  Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai  sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara  keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi  DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh  lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui  bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang dibuatnya di pejabat  dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat  (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang  yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman  lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah  kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri  memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia,mentor, gang  starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan  kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan  dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.  Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak  sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan  sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa  sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan  yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki  tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki  sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki  sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki  tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.Kedayusan ini hanya  akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri  atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku  secara sulit,suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus'  kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" Lebih penting  adalah kita melihat,adakah kita sendiri tergolong dalam salah
satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang  berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan,jika anda  sayangkan suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka dalam  kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah  dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.  Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan  keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya,  maka ia adalah mati syahid"
(Riwayat Ahmad,Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

 
No comments:
Post a Comment