SAIYIDATUNA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w (mafhumnya),  "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa  mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam  kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut:  Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian  besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di  dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :
(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) -  apabila dibalakan tidak bersabar;
(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan  nikmat dan rahmat tidak bersyukur;
(c) mengkufurkan nikmat;
(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;
Wahai, Aisyah, ketahuilah :
(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang  diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;
(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka  pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan  dibelitkan di tengkuknya;
(c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan  buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada  hari kiamat;
(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus /  halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti  suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang  hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam  neraka;
(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya  tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;
(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia  menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan  dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri  nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa  pun;
(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala  makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina  dengan depalan puluh cemeti daripada api;
(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti  berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya  serta pahala berjuang fi sabilillah;
(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang  dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga  pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;
(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti  suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi  sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat  kepada Allah).

 
No comments:
Post a Comment