TERFIKIR untuk  menamatkan hubungan yang sudah 'tidak bermakna' gara-gara si dia tidak  pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama terjalin?
Bukan  tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam  dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan.
Mengucapkan  perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar  untuk melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan  cemburunya.
Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh  terbaik, anda memikirkan untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu  satu keputusan nekad diambil.
Sama ada keputusan untuk berpisah  itu wajar atau sebaliknya, petua berikut mungkin boleh membantu jika  anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti memutuskan cinta:
**Adakah sebab tetap  atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa  dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan  kerjaya.
Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum  begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.
**Anda mesti mencapai  tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu.  Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.
Anda  akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang  dengan keputusan cinta anda.
**Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat  cinta. Anda boleh membuat cinta si dia terhadap anda pudar dengan  menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang tidak digemarinya.
Kebiasaannya  apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri  tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu  mengucapkan kata putus.
**Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila  tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi  risikonya.
Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi  perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat  selamat dan emosi si dia paling baik untuk mendengar kata putus cinta  anda.
**Jangan  sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si  dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga  anda. Elakkan risiko putus cinta begini.
Selepas putus cinta  secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa terutama kekasih  lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula. Musuh  walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak  akan membiarkan anda menderita.
**Sekiranya dicintai seseorang yang  tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi  kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan  ambil kesempatan dan jangan melukakan.
**Bagaimana anda  mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan  perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun  cara mengendalikannya berbeza.
**Sekiranya anda bercinta dengan  seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih  untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu  pergi.
Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang  tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.
**Jangan terlalu  memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di  hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan  segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.
Nikmatinya,  sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.
**Cinta sentiasa dan  selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di  hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua  cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi  percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama  untuk diperoleh.
Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak  bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap  percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada  cinta.
**Cinta  bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau  diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang  memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan  yang dicipta untuk mencari seorang lagi.
**Pandangan berhubung  cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari  pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang  benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.
Pasangan yang sesuai tidak  semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang,  unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.
**Wujudkah cinta  sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati  sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering  disebut cinta pandang pertama.
Mereka yang bercinta pertama kali  biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.
**Jangan terlalu  terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu,  tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih  baik adalah tinggi.
Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di  tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau  kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak  sengaja.
**Jangan  sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot  apabila cuba mencari pasangan untuk kita.
Kononnya, hak mencari  pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga.  Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan  yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam  rumah tangga dapat dibentuk.
**Sebenarnya, konsep cinta agung  bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa  maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti  cinta pandang pertama.
Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas  seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta  sejati.
**Sekiranya  semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti  ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana  putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.
Putus  cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur  kerana putus cinta.

 
No comments:
Post a Comment