LeaderHead

Wednesday, July 28, 2010

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..

Mengapa Perlu Berkahwin???

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai.

*************

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.


Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

Monday, July 19, 2010

PANDUAN BERDAMAI

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)

"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan

selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup

tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak

bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya

tak berasa diri saya diabaikan." (/)

10. Kenal pasti perubahan Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)

"Jangan bomohkan saya." (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Sunday, July 18, 2010

JATUH CINTA @ JATUH NAFSU


" Kenapa ni? Monyok je ni? Sakit ke? " Nurul yang baru balik daripada 'tutorial' bertanya kepada teman sebiliknya.

" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

" Kami...kami....dah putus. " raung Ain.

Cinta adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun kini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, kemungkinan besar terjadilah perkara yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum yang telah Allah tetapkan. Di alam menuju kedewasaan meminati dalam kalangan insan yang berlawanan jenis adalah satu lumrah.
Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya. Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu perkara yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha mencuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya sehingga terkoyak.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.

" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu".
(Surah al-Maidah:3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi. Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "

Tip Hadapi Musibah Cinta

EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.


* Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.

Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.

Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.

Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

Saturday, July 17, 2010

Seribu Bintang-Alleycats

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku...

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?


Kata orang barat "What's the fuss all about?"

Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.

Permasalahan mengikut usia.

Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.


Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!

Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...


Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.

"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.

Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!

Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA
atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.

Berhenti dan Periksa diri Anda.

Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.

Tips Memutuskan Percintaan

TERFIKIR untuk menamatkan hubungan yang sudah 'tidak bermakna' gara-gara si dia tidak pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama terjalin?
Bukan tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan.
Mengucapkan perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar untuk melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan cemburunya.
Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh terbaik, anda memikirkan untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu satu keputusan nekad diambil.

Sama ada keputusan untuk berpisah itu wajar atau sebaliknya, petua berikut mungkin boleh membantu jika anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti memutuskan cinta:

**Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan kerjaya.

Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

**Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.

Anda akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

**Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat cinta. Anda boleh membuat cinta si dia terhadap anda pudar dengan menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang tidak digemarinya.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata putus.

**Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi si dia paling baik untuk mendengar kata putus cinta anda.

**Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga anda. Elakkan risiko putus cinta begini.

Selepas putus cinta secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa terutama kekasih lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak akan membiarkan anda menderita.

**Sekiranya dicintai seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan.

**Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

**Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.


**Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

**Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.

Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.


**Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.

**Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.

Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

**Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

**Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.

**Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

**Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

**Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.

ADAKAH IA KENA DENGAN ANDA..???

BULAN JANUARI

bercita-cita tinggi dan serius orangnya
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap perkara dibuat seperti nampak keuntungannya
suka smart,kemas dan teratur
bersifat sensitif,berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu,daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya pada orang lain
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi


BULAN FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan perkara-perkara realiti
bijak dan genius
mempunyai personaliti yang mudah berubah
mudah menawan hati orang lain
agak pendiam,pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada temannya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan perasaan marah
tidak suka kepada perkara-perkara remeh-temeh
suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkan sikap kekawanannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka kepada perkara berkaitan kesenian
sangat romantik secara dalaman tetapi tidak pada luaran atau zahirnya
sangat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
sering belajar untuk mempamerkan emosinya pada orang lain


BULAN MAC

berpersonaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi oleh orang lain
santa pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi,jujur,pemurah dan mudah berasa simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah diri sendiri dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka pada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain]
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi
kelam-kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody


BULAN APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat membuat keputusan tetapi suka menyesal dengan keputusan yang diambil
sangat menarik dan pandai manjakan diri
mempunyai daya mental yang sangat kuat
sangat suka mendapat perhatian orang
sanat diplomatik(suka memujuk),berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure ,pengasih,penyayan,sopan-santun dan pemurah
emosi cepat terusik
mudah mempunyai sikap dendam
agresif,kelam-kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong dan memotivasikan orang lain
suka sakit kepala dan dada
sangat cemburu


BULAN MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah kerana tidak pandai mengawalnya
pandai menrak hati orang lain
perasaan yang sangat mendalam
cantik daris segi menal dan fizikal
tidak perlu kepada motivasi orang lain
berpendirian agak lemah
mudah dipujuk oleh orang lain
suka berangan-angan
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
mempunyai keadaan fizikal yang baik
kelemahan dari segi sistem pernafasan
suka kepada sastera,seni,muzik dan melancong
tidak suka duduk di rumah
tidak mempunyai ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

BULAN JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana bersikap baik
berperangai yang lemah-lembut
tidak suka menyakiti orang lain
mudah berubah sikap,perangai,idea,mood
mempunyai banyak idea baru
bersikap sensitif
sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka membuat lawak dan pandai bergurau
otaknya cerdas dan suka berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mepamerkan sikap pada orang lain
mudah berkecil hati
mudah selsema
suka berkemas diri
cepat berasa bosan terhadap sesuatu
sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen
kurang mempamerkan perasaan dalaman
merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka
suka kepada barangan berjenama
mudah menjadi eksekutif
degil
sesiapa yang memuji dirinya dianggap musuh tetapi sesiapa yang menegurnya adalah kawannya.


BULAN JULAI

sangat suka didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti(terutamanya lelaki)
agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tapi hati mudah terluka
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut
tidak suka perkara remeh-temeh
suka membimbing secara fizikal dan mental
sangat peka,serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang
sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang melalui pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka duduk di rumah
suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan
tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


BULAN OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
pandai memjuk orang lain
terlau pemurah dan terlalu ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang tinggi
cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila pandangannya dikritik
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam
cepat berfikir
suka berdikari
suka berangan-angan
berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
sangat sensitif dan tidak mudah merajuk
cepat terkena penyakit
suka belajar untuk berehat
sikap kelam-kabut
romantik,dan berkasih-sayang
suka mencari kawan


BULAN SEPTEMBER

sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur
sangat cermat,teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan suka mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap tenang dan mudah simpati kepada orang lain
sangat prihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif secara keterlaluan
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak cerdas dan mudah belajar
suka mencari maklumat
terlalu mengkritik hingga menyebabkan orang lain rasa benci
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain
suka hiburan,sukan dan melancong
kurang menonjolkan perasaannya kepada orang lain
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik


BULAN OKTOBER

suka bersembang
suka orang yang sayang kepadanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan bersopan-santun
kecantikan luar dan dalam
mudah berasa simpati dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
seperti agak pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang lain kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka menerima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam-kabut
daya firasat yang sangat tinggi
suka melancong,seni dan bersastera
pengasih,penyayang dan lemah-lembut
romatik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
suka ambil berat orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


BULAN NOVEMBER

banyak idea
sukar untuk dimengerti
berfikiran kehadapan
berfikiran unik
penuh dengan idea-idea luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang tinggi
ada ciri-ciri menjadi doktor
cermat dan teliti
perosnaliti dinamik
teralu keras hati dan degil
suka berangan-angan
banyak berfikir dan tidak pandai bercakap
mudah mengambil berat tentang orang lain
mudah kecewa apabila dikritik
tidak pandai menghargai pujian
romatik dan emosi yang sangat mendalam
kelam-kabut
suka duduk dirumah
tidak pandai mengawal emosi
jujur dan setia
tidak pandai berkasih-sayang

BULAN DISEMBER

setia dan pemurah
bersifat patriotik
bersikap aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi untuk berjaya dan berusaha mencapainya dan berjaya
boleh menjadi orang yang berpengaruh dalam sesuatu oraganisasi
seronok didampingi
suka berkawan dan dengan orang
bijak mengatur masa
kurang pandai berpura-pura
jujur,amamah
cepat marah
daya fikir yang sangat tinggi dan tajam
perangai yang berubah-ubah
tidak mudah ego
sangat pentingkan harga diri
tidak suka pada konkongan
suka berlawak
berfikiran logik
suka aktiviti riadah
orang yang adil
suka ambil jalan tengah
otaknya cerdas
otaknya sangat bijak dan mudah belajar
berpersonaliti menarik

Friday, July 16, 2010

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Aisyah

SAIYIDATUNA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;

(c) mengkufurkan nikmat;

(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;

(c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;

(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cemeti daripada api;

(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;

(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

Sifat Romantik Nabi Muhammad SAW



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

MUSLIMAH CIPTAAN ISTIMEWA

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata
kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang
suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-
galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin,
ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita,
lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu
menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada
ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa
henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri
banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

KEPERCAYAAN CINTA ?

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?