Bicara aku sebagai kekasih hatinya ;
 Sayangku... 
 Adalah benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama menuju ke  lorong dosa, tetapi apabila engkau tidak setuju maka lelaki itu tidak  akan berani. Lantaran lemah gemalaimu, lelaki akan bertambah parah. 
 Wanitalah yang membuka pintu, seolah-olah engkau katakan kepada si  pencuri itu; 
 " Silakan masuk, silakan... " 
 Apabila pencuri telah mencuri, engkau berteriak ; 
 " Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri! " 
 Sesungguhnya di dalam khayalan seorang pemuda, dia tidak melihat wanita  itu semata-mata kecuali wanita itu ditelanjangi pakaiannya. Oleh itu,  janganlah engkau mudah mempercayai perkara yang dikatakan oleh lelaki  kerana kebanyakan mereka tidak akan melihat wanita semata-mata kecuali  akhlak dan budi bahasanya. 
 Dia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat namun sesungguhnya  dia telah berbohong. Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan  budi bahasa dan perhatiannya, semua itu hanyalah merupakan perangkap  rayuan. 
 " Setelah itu apa yang terjadi? " 
 Kalian berdua sesat di dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan  dan selepas itu akan merasai penderitaan akibat kenikmatan itu buat  selamanya. Si lelaki akan mencari mangsa yang lain untuk diterkam  kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu  menangis, hidupmu diselubungi kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak  akan mengampunimu. 
 Sayangku... 
 Cita-cita wanita yang tertinggi ialah perkahwinan. Setinggi manapun  status sosial, kejayaan, kerjaya, kemahsyuran, prestasinya, namun  perkara yang paling agung dan sangat diinginkannya ialah menjadi isteri  dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia. 
 Tidak ada seorang lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun dia ialah  lelaki 'berhidung belang' . Apabila ingin berkahwin dia akan tetap  memilih wanita yang baik, kerana dia tidak rela wanita yang tidak baik  menjadi suri hidupnya dan ibu kepada putera dan puterinya. 
 Sayangku... 
 Sayangku yang beriman dan beragama! Sayangku yang terhormat dan  terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban ialah dirimu. Oleh  itu, jangan memberi diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang  tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat  ditemui semula. 
 Inilah nasihatku buatmu sayangku. Inilah kebenaran dan sedarilah bahawa  di tanganmu terdapat kunci pintu ke arah kebaikan. Apabila diri kalian  diperbaiki, maka umat juga akan menjadi baik. Kehormatanmu terletak di  tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu. 
 Sayang,abang benar2 menyayangimu... 
 tunggulah abang dihari bahagia itu...
 akanku sambutmu dgn penuh mesra dlm perkahwinan kita itu..

 
No comments:
Post a Comment