Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam  ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerabat baginda, para  sahabat serta seluruh umat Islam yang menjadikan Baginda sebagai contoh  ikutan hingga ke Hari Kiamat.
 Serangkap peribahasa dari negara Barat menyatakan 'Imitation is the  most sincere form of praise' yang bermaksud 'Tiruan adalah pujian yang  paling jujur'. Saya pula berkata, 'Tiruan adalah tanda yang paling jelas  bagi menunjukkan kehambaan mental'.
 Jadi, apakah maksud sebenar 'Valentine's Day'?
    Ini adalah hasil pencarian Google saya baru-baru ini.
 "Dalam sejarah Rom, 14 Februari merupakan tarikh cuti khas untuk  menperingati Juno, Permaisuri Tuhan-Tuhan Roman. Keesokan hari tersebut,  Jamuan Lupercalia pula akan diadakan bagi menyambut hari cuti yang  penuh bermakna itu.
 Pada masa ini, semua lelaki dan perempuan diasingkan antara satu  sama lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu upacara yang bermula  menjelang hari sambutan Perayaan Lupercalia. Pada asasnya, semua nama  perempuan akan ditulis di atas sehelai kertas dan kesemua helaian kertas  tersebut akan diletakkan di dalam beberapa buah baling khas. Kemudian,  setiap lelaki akan cabut sehelai nama dari mana-mana balang dan mereka  akan terus menjadi pasangan sepanjang Perayaan itu. Selepas menjadi  pasangan, mereka sudah semestinya akan terus berhubung antara satu sama  lain sehinggalah sampai satu masa, mereka akan jatuh cinta dan  berkahwin.
 Raja Rom pada ketika itu, Raja Claudius II, juga dikenali sebagai  Raja Kejam Claudius, sedang menghadapi masalah yang besar untuk  mengambil pemuda-pemuda lelaki Rom untuk dijadikan sebagai askar. Dia  percaya bahawa semua lelaki Rom enggan meninggalkan kekasih mereka serta  membatalkan segala pertunangan dan perkahwinan yang telah dijadualkan  di seluruh negara. Oleh itu, seorang paderi Rom yang bernama St.  Valentine telah bertindak mengahwinkan ramai pasangan kekasih secara  rahsia. Namun yang demikian, akhirnya dia ditangkap, ditahan dan dihukum  dengan berat. Dia telah dibelasah sehingga mati dan kepalanya dipancung  pada 14 Februari sekitar tahun 270.
 Jamuan Lupercalia wujud bagi melambangkan ketidakpercayaan  terhadap Tuhan. Pegawai-pegawai gereja dan paderi-paderi dari zaman Awal  Kristian telah mengubahsuai Perayaan Lupercalia dengan mengubah salah  satu daripada adat resamnya, iaitu tidak meletakkan nama-nama perempuan  di dalam kesemua balang tersebut. Mereka menukar kesemua nama tersebut  dengan nama-nama orang yang telah berkorban demi agama mereka. Mereka  sebulat suara memilih nama serta hari pengorbanan St. Valentine sebagai  "Valentine's Day" bagi menggantikan perayaan untuk jamuan itu."
 Hari ini, syukur Alhamdulillah kerana kita semua tahu mengapa umat  Islam diharamkan daripada menyambut Valentine's Day serta melakukan  segala perbuatan yang meniru atau menampakkan walau sedikitpun  unsur-unsur perayaan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Ini merangkumi perbuatan-perbuatan seperti berdua-duaan dengan bukan  muhrim, bermanja-manja atau menjalin hubungan cinta dengan penuh  romantik secara jelas, melalui Internet, dan lain-lain. Semuanya adalah  jelas sama sekali - HARAM.
 Saya rasa, tiada seorang pun umat Islam hari ini yang tahu membaca  dan menulis, tetapi pada masa yang sama, tidak tahu bahawa semua  perbuatan ini adalah HARAM. Jadi, saya ingin berbicara  dengan lebih lanjut mengenai satu lagi aspek yang hina lagi keji di  dalam perayaan syaitan ini. Saya menggelarnya – 'The Thin Edge of the  Wedge', iaitu dari segi bahasanya bermaksud "Sudut Bucu Yang Sempit bagi  Sebuah Penghalang"
 Lebih tepat lagi, mereka menggelarnya "Kebebasan". Ya, ia memang  jelas sekali membawa makna yang baik, jadi kita tidak pula memikirkannya  dengan lebih mendalam. Sebenarnya, "kebebasan" mereka bermaksud  kebebasan untuk membuat apa sahaja yang mereka nak, sebagai contoh  menjadi diri mereka sendiri, menyuarakan perasaan, mempunyai ruang, dan  sebagainya. Terjemahannya memang baik, malah bukankah kita juga percaya  terhadap sesebuah perjuangan untuk kebebasan? Bukankah selama ini kita  acapkali memberikan sokongan yang mantap kepada semua pihak yang  mewakili kita bagi berjuang untuk mendapatkan hak kita? Sepatutnya, kita  mesti muhasabah diri kita dulu dengan beberapa soalan sebelum kita  berbuat demikian, soalan-soalan seperti:
 i.   Kebebasan dari apa?
 ii.  Untuk buat apa?
 iii.  Apakah maksud sebenar 'menyuarakan perasaan kita'?
 iv. Apakah maksud 'ruang'?
 Dengan itu, barulah kita tahu maksud sebenar 'kebebasan', iaitu  kebebasan dari menurut segala peraturan dan undang-undang, yang telah  disusun khas bagi membentuk peribadi mulia semua penduduk di sesebuah  negara untuk membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap keamanan  mereka bersama-sama. Tetapi persoalannya, bukankah semua perbuatan  ini  juga boleh diterjemahkan sebagai 'anarki'?
 'Betul', kata mereka. Tetapi, sebagaimana yang kamu boleh lihat,  mereka inilah umat manusia yang pelik, memalukan, tidak berakal, serta  berfikiran ke belakang, dan tidak mempunyai nilai-nilai moral yang baik  seperti orang lain. Inilah masanya untuk kita campak mereka jauh-jauh,  berserta dengan segala ideologi-ideologi sesat mereka. Ini adalah khas  untuk membolehkan kita menyertai aliran pemikiran sebuah masyarakat  moden di dalam kampung yang bernama "Dunia" ini.
 Mereka lupa nak beritahu kita bahawa 'konsumerisme' – adat  perbelanjaan, ialah adat resam yang dominan di dalam kampung "Dunia"  ini. Inilah adat yang membolehkan manusia memuaskan nafsu mereka untuk  berbelanja, dengan berbekalkan had kad kredit mereka sebagai hutang.  Mereka takkan sesekali mengingatkan kita bahawa satu hari nanti, kita  mesti membayar juga segala hutang kad kredit yang telah dibelanjakan!  satu hari nanti, kita akan dipertanggungjawabkan!
 Mereka juga lupa untuk beritahu kita bahawa kesemua perbuatan ini  menuju ke arah suatu pemikiran yang menjadikan manusia alpa terhadap  tanggungjawab serta mementingkan diri sendiri – "Kau, kau! Aku, aku!  Yang penting aku hidup bahagia!"
 Peringatan: Bagi golongan-golongan yang disebutkan di atas;
 1. Perkataan "Keluarga" sangat dibenci kerana keluarga melambangkan keperibadian tanggungjawab.
 2. Perkataan  "Tanggungjawab" juga sangat dibenci kerana orang yang bertanggungjawab  arif berbelanja dengan penuh waspada dan tidak menurut nafsu.
 3. Mereka amat benci  orang yang bertanggungjawab kerana mereka tahu golongan ini pandai  menabung,  tidak membazir, tidak menurut nafsu dan tidak mengikut gaya  hidup negatif
 *Kesimpulannya, orang yang bertanggungjawab tidak menyokong  'konsumerisme' sama sekali. Ini berita buruk! Pendek kata, 'keluarga'  mestilah dimusnahkan!
 Untuk mencapai impian tersebut, dua perkara mesti dibolehkan secepat mungkin.
 1.  Hubungan seksual (kasual dan tidak mengira kaum)
 2.  Amalan-amalan yang tidak bermoral
 Tapi, takkan kita nak cakap sebegitu rupa. Betul tak? Mestilah semua  pihak akan melontarkan pelbagai kritik itu dan ini. Jadi, mereka  mencipta satu istilah baru – "kebenaran orang dewasa"
 Pada zaman moden ini, semua orang pun beranggapan bahawa 'menjadi  dewasa' bermaksud membuat segala keputusan mengenai apa sahaja berkaitan  kehidupan masing-masing dan orang luar tidak berhak untuk masuk campur,  kan? Katakanlah dua orang dewasa ingin melakukan sesuatu yang orang  lain tidak bersetuju atau menganggap ianya tidak baik, contohnya seperti  rakyat jelata atau orang agama yang menyatakan pendapat mereka. Ini  sudah semestinya melawan kebebasan, kan? Melawan kebebasan itu tidak  elok, kan?
 Maka dengan itu, wujudlah istilah "kebenaran orang dewasa" Kita pula tanpa segan-silu menyokong dengan penuh semangat yang jitu.
 Jadi sekarang ini, bagi membolehkan kita "berjuang untuk kebebasan"  kita mestilah menjadi dewasa dulu. Dewasa itu apa? 21 tahun? Tua sangat,  orang dah lama matang. Jadi, 18? Apa kata 16? Ahh! Alangkah gembiranya  hidup masa umur 16 tahun! Tapi kita tak boleh cakap sebegitu.  Sebenarnya, 16 tahun ialah umur yang sangat sesuai untuk memperoleh  kebenaran kerana seseorang manusia sudahpun matang semasa berumur 16  tahun. Jadi kenapa mereka mesti dikongkong daripada memperjuangkan hak  mereka?
 Kenyataan ini sangat asyik didengari, kan?
 Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima oleh orang ramai?
 Satu kaedah yang amat efektif ialah C-I-N-T-A. Perkataan yang  mempunya lima huruf ini sebenarnya ada maksud tersirat, juga lima huruf  iaitu N-A-F-S-U. Oleh itu, mereka pun mempromosikan idea C-I-N-T-A ini  dalam satu bentuk perayaan – Valentine's Day. "Apa masalahnya?" tanya  mereka. "Lebih-lebih pun, budak-budak lelaki dengan perempuan meluahkan  rasa C-I-N-T-A kepada kekasih mereka." (Budak ke? Tak juga, semua macam  bapak budak). Mula-mula, orang-orang alim Kristian pun tak benarkan  perbuatan ini, tetapi akhirnya mereka mengalah.
 Hakikatnya, Valentine's Day menggalakkan adat berbelanja di kalangan  semua orang bagi membolehkan mereka meluahkan rasa C-I-N-T-A. Jadi, apa  yang berlaku terhadap semua pihak yang cakap Valentine's Day ini HARAM?  Kalau tak dipanggil Islamist, mesti mereka akan dipanggil sebagai  pengacau, cerewet, terrorist, cacat akal, pandang ke belakang, dan yang  sewaktu dengannya. Nampak tak?
 Kenapa Allah s.w.t. beritahu manusia mengenai semua perayaan syaitan ini? Allah s.w.t. berfirman:
 يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً  وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ  مُّبِينٌ
 إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
 Al-Baqarah (Surah Ke-2:Ayat 168) Wahai manusia! Makanlah  apa yang dibolehkan dan baik di atas muka bumi, dan jangan sesekali ikut  jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya, dia adalah musuh yang paling  nyata. (Ayat 169) [Syaitan] mengajak kamu melakukan perkara jahat dan  keji, dan khabarkanlah kepada Allah apa yang kamu tidak ketahui.
 Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima oleh orang ramai?
 Satu cara lagi yang sangat berkesan ialah melalui iklan, siri TV, dan  wayang. Ini termasuklah Bollywood, Hollywood, dan juga semua iklan  produk serta iklan perkhidmatan yang dengan jayanya telah menyumbang ke  arah penghakisan saki-baki nilai-nilai moral masyarakat kita sehinggakan  benda-benda yang pantang disebut/dibuat 10 tahun lalu, kini dianggap  normal pada masa kini. Kita menggelarnya "hiburan". Kita menggelarnya  sebagai kemajuan, iaitu siapa yang ikut pastinya elegan, dan siapa yang  tak ikut akan dipandang sebagai kolot.
 Inilah yang saya panggil 'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang"
 Bila dah sampai depan pintu, yang lain akan turut serta masuk ke  dalam rumah. Ianya tidak boleh dielakkan lagi, ia pasti berlaku. Hanya  tinggal masa yang akan menentukan bila ia akan menimpa kita. Kita fikir  tiada apa-apa akan berlaku selagi kita jaga diri kita, kan?
 Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan biskut yang tunjuk  perempuan pakai baju tak cukup kain gigit biskut sambil baring atas sofa  dengan penuh berahi.
 Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan aiskrim yang tunjuk  perempuan cantik jilat batang aiskrim yang jelas sekali mengingatkan  kita mengenai satu lagi 'batang'.
 Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan PDA yang fokus lebih  kepada lengkungan badan model itu yang menyokong PDA tersebut daripada  fokus kepada lengkungan PDA itu sendiri.
 Dan selama ini, kita hanyalah menyedapkan hati masing-masing dengan  berkata "Ala, semua tu iklan je. Bukannya aku kenal diorang, usik-usik  diorang pun, kan? Jadi, diorang tak boleh buat apa-apa kat aku, kan?"
 Semua iklan tersebut memang tak boleh apa-apakan kita, kan?
 Kita memang tak nampak atau kita berpura-pura tak nampak, agenda  sebenar yang telah dirancang – Kejuruteraan Sosial. Tukar norma  masyarakat, tukar apa yang boleh dan apa yang tak boleh diterima. Tukar  apa yang dilarang dan apa yang tak dilarang. Tukar daripada "Mustahil"  menjadi "Penuh Aspirasi" Kamu mesti ingat tiada apa-apa perkara buruk  yang akan berlaku, kan? Lihat sajalah bagaimana industri pengiklanan dan  perfileman dipromosikan dan berubah semenjak 30 tahun lepas. Selepas  itu, kita akan lihat realiti yang menunjukkan generasi ibubapa kita  tidak sanggup untuk menonton sesuatu – yang walhal tidak sedikitpun  mempengaruhi keperibadian kita.
 Persoalannya ialah kenapa kita perlukan anggota badan model wanita  untuk jual aiskrim? Bukankah itu halangan para wanita? Tidak, ia  bukannya satu halangan! Dia buat semua itu dengan rela hati tanpa  paksaan sesiapa. Samalah seperti main tenis, pemain wanita mesti pakai  skirt mini. Pakai burqa ialah satu halangan. Tapi apa jadi apabila dia  nak pakai burqa dengan rela hati juga? Mustahil! Burqa bukannya  keagamaan, ia hanyalah gaya hidup. Cuba tanya Sarkozy, jadi ia mesti  diharamkan.
 Tapi, memaksa orang untuk tanggal baju sama sahaja dengan memaksa  mereka pakai baju, kan? Ahh! Kamu semua takkan faham! Tapi tak mengapa,  kamu semua kolot dan ketinggalan zaman, kan?
 Kita juga tengok pelbagai jenis hubungan sebelum kahwin dan selepas  kahwin di pawagam dan kaca TV yang menggunakan 'plot cerita' dan  'kebolehan berlakon' sebagai alasan untuk menyedapkan hati kita,  contohnya seperti "Ala, dia berlakon je. Bukan betul-betul, kan?"  sehingga tibanya hari di mana anak-anak kita akan mempunyai  hubungan-hubungan sebegitu rupa. Bila kita tengok di kaca TV, kita tak  pernah fikir bahawa ianya akan terjadi di dalam keluarga kita atau rumah  kita sendiri, kan?
 Tapi,
 -   bukankah kita sudahpun menerimapakai budaya-budaya yang baharu ini semasa kita membayar tiket dan menonton wayang?
 -   bukankah kita yang beritahu anak-anak kita bahawa semuanya hanyalah 'lakonan semata-mata' sebelum ini?
 -   bukankah kita  yang anggap ianya tidak mengapa kerana kita tengok kesemua  adegan-adegan tersebut secara beramai-rmai sebagai sebuah keluarga?
 -   bukankah kita  yang memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap prinsip "tak  payah ikut mak ayah, ikut pelakon lagi seronok"
 Kemudian, fenomena siri TV dan drama C-I-N-T-A pula mengambil alih  aliran pemikiran kita; fenomena yang pasti meletakkan adegan-adegan  suspen sebelum tamat untuk membuatkan kita pasti tengok pada episod  seterusnya. Siri TV – Bold and Beautiful,  ialah satu contoh yang baik  bagi menunjukkan siri TV tampak berani tetapi tidaklah secantik mana.  Ia  mengisahkan hubungan lelaki dan perempuan sehinggalah tiba pada satu  tahap di mana ianya menjadi sangat rumit apabila watak perempuan itu  adalah isteri kepada seorang ayah, tiba-tiba menjadi ibu kepada seorang  anak, dan pada masa yang sama, dia sendiri adalah kekasih lelaki lain,  dan sebagainya.
 Alangkah bebasnya dia! Dan kita pula sedang berada di mana ketika  semua rancangan seperti ini ditayangkan? Di dalam ruang tamu kita  sendiri, di mana semua jenis lakonan ditayangkan dan ditonton oleh  seluruh ahli keluarga tanpa malu. Kenapa jadi begitu? Kerana kita masih  lagi menganggap semua itu hanyalah "lakonan semata-mata" Dan kepada kita  yang suka menonton National Geographic, berita, dan Animal Planet –  sebenarnya, iklan-iklan yang menyebabkan kita masih menonton rancangan  TV.
 Apa yang terkandung di dalam iklan-iklan TV? Mereka sedang cuba  sedaya-upaya untuk melampaui batas sempadan yang dibenarkan bagi  menonjolkan nafsu, berahi, seksi, menukar kebiasaan rakyat, dan  menjadikan yang tidak mungkin, mungkin! Tiada sesiapapun yang mahu  membantah. Tapi, cuba tonton satu iklan – hampir semua  iklan akan  mempunyai pandangan/kritik dari persepsi yang berlainan. Tapi kita tak  buat, itu sahaja.
 Peringatan: Kepada sesiapa yang tidak pernah tonton TV atau tidak  suka TV dan baca surat khabar atau majalah, di dalam media cetak  pastinya terkandung lebih banyak iklan-iklan yang melampaui batas.
 *'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu Yang Sempit bagi  Sebuah Penghalang" sekarang sudahpun membuka pintu dan yang lain akan  turut serta masuk ke dalam rumah.
 Sekarang, marilah kita lihat segalanya! Homoseksual. Sebelum itu,  ingatlah bahawa semua ini adalah bertujuan untuk "kebebasan". Juga tidak  ketinggalan, kebenaran orang dewasa serta apakah maksud "dewasa"  Sudahkah anda tidak bersetuju terhadap "kebebasan"? Bukankah kamu berada  di barisan hadapan semasa perjuangan untuk menyuarakan pendapat,  mendapatkan ruang, dan memuaskan nafsu?
 Jadi, apa masalahnya sekarang? Semuanya mengenai N-A-F-S-U, kan?
 "Selamat tinggal, orang-orang tua. Sekarang ini ialah zaman kami." Kalau tidak percaya, cuba tanya anak-anak kita.
 Pernah sekali terjadi perarakan Washington March for Gay Pride pada tahun 1993, mereka melaung:
 "Kami di sini. Kami gay. Dan kami berhasrat untuk mengambil anak-anak anda"
 Kamu ingat ianya tidak menjadi kebiasaan? Aiskrim pun begitu juga.